Monday, October 11, 2010

Agar pusar bayi tidak tersembul

Bayi yang sudah tercabut pusatnya perlu dijaga supaya pusat bayi tidak tersembul. Ambil seulas bawang putih yang ditumbuk bersama 1 camca teh jintan putih dan sedikit abu dapur kayu arang. Bungkus semua bahan-bahan tadi di dalam kain dan ikar kemas. Salai di atas bara atau batu yang dipanaskan. Apabila telah suam-suam kuku, tekan perlahan-lahan di sekeliling pusat dan perut bayi. InsyaAllah bayi akan selesa.

No comments:

Post a Comment